Karangan Peribahasa
Sifat
sabar dan tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan lama-lama akan berhasil juga
sesuai dengan peribahasa, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Tulis
sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
Peribahasa
Melayu ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain bermaksud kalau
seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha untuk mencapainya. Berikut
adalah kisah seorang pelajar yang begitu rajin berusaha untuk mencapai
cita-citanya.
Razif
merupakan seorang murid Tingkatan 3 Hemah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Minasa. Razif merupakan seorang murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Beliau berminat dalam sukan memanah. Razif bercita-cita untuk menjadi
olahragawan negara dan berharap untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara.
Razif mula berminat dalam acara memanah sejak beliau menyertai sukan memanah di
sekolah. Beliau juga memberikan perhatian sepenuhnya semasa sesi latihan dan
telah mempelajari teknik memanah dengan betul.
Razif senantiasa berbincang tentang teknik memanah dengan jurulatihnya untuk mempertingkatkan prestasinya dalam sukan memanah. Sikap rajin berusaha Razif telah menyebabkan beliau menjadi atlet memanah yang paling hebat di sekolah dalam masa 3 bulan sahaja sejak beliau menceburi acara itu. Razif pernah tewas dalam beberapa pertandingan tetapi beliau tidak mudah berputus asa. Beliau juga berpendapat bahawa kelemahan dapat diatasi melalui pengalaman.
Baru-baru ini, Razif telah mewakili sekolahnya dalam pertandingan. Dia berjaya mendapat pingat emas dalam pertandingan MSS daerah dan negeri. Beliau akhirnya diterima memasuki sekolah sukan selepas menamatkan pelajarannya di SMK Minasa. Beliau berasa bertuah kerana berpeluang untuk menggunakan prasarana sukan yang lebih lengkap dan moden di samping mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih profesional dan berpengalaman di sekolah sukan tersebut. Hal ini telah menaikkan semangatnya untuk lebih berjaya dan mencipta kecemerlangan dalam sukan memanah sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa.
Razif mula menyertai pertandingan SUKMA dan berjaya memecahkan rekod di peringkat kebangsaan. Dengan prestasi yang cemerlang itu, Razif layak mewakili negara ke Kejohanan Sukan SEA. Akhirnya, beliau telah berjaya memperoleh pingat emas dalam acara kegemaran dan telah mengharumkan nama baik Malaysia di persada Asia Tenggara.
Walaupun Razif telah memenangi pertandingan peringkat antarabangsa, namun beliau tetap selalu berusaha untuk mempertingkatkan teknik memanahnya. Sesungguhnya, kejayaan Razif banyak berpegang teguh pada maksud peribahasa, “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.”
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMenepati format karangan
BalasPadamBoleh diletakkan ungkapan menarik supaya karangan menjadi lebih menarik
BalasPadamMenepati format karangan
BalasPadamkalau buat cerpen tapi tiada dialog tak apa ke ?
BalasPadamPendek sangat ni untuk karangan spm
BalasPadampolos dan sederhana, mr pedro adalah orang yang paling baik dan petugas pinjaman terbaik di layanannya. kami memiliki jalan yang sangat bergelombang selama seluruh proses renovasi bisnis kami, karena keadaan kehabisan dana. mr pedro tetap di atas semua pihak untuk memastikan semuanya tetap pada jalurnya untuk memenuhi tenggat waktu yang ketat untuk menutup pinjaman kami. kami menghargai semua yang dia lakukan untuk kami dan kami sangat merekomendasikan dia dan perusahaan pinjamannya kepada siapa pun yang ingin mendapatkan pembiayaan. terima kasih kembali pak pedro. hubungi mr pedro jerome di: pedroloanss@gmail.com juga di whatsapp: +1-8632310632.
BalasPadam